Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Monday, December 6, 2010

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Posted by ..::[KHaiYoE NaeM]::..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

- zhuliana 

Sunday, September 26, 2010

Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

Posted by ..::[KHaiYoE NaeM]::..

Oleh:
Zaharuddin Abd Rahman


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : 
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  •  Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."



  • AKAN TETAPI, 
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. 

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

  • Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK? 
Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut: 
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

 Wallahualam.

Friday, September 24, 2010

Wacana Memperingati as-Syahid Sayyid Qutb

Posted by ..::[KHaiYoE NaeM]::..

Riduan Mohamad Nor   
As-Syahid Sayyid Qutb (29 Ogos 1966-29 Ogos 2010)
Ramadhan dinobatkan sebagai bulan pengampunan, bulan Al Quran juga bulan jihad dan pelbagai gelaran yang mengambarkan kebesaran dan kemuliaan penghulu bulan ini.Ramadhan tahun ini yang berlangsung di bulan Ogos juga tidak sepi daripada peristiwa penting di langit sejarah, antaranya pembunuhan kepada tokoh besar perjuangan Islam di abad moden iaitu Syed Qutb.
Syed Qutb ialah satu nama besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad ke 20. Sejak kematiannya pada tahun 1966, karya-karyanya telah disebarkan dan menjadi inspirasi kepada pendokong-pendokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ianya telah menawan pemikiran dan komitmen generasi muda Islam untuk bekerja untuk Islam.
Nama sebenar Sayyid Qutb ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali dan beliau berasal daripada keluarga yang berada dan dihormati di kampungnya di Moshah dalam wilayah Assyut di hulu Mesir. Beliau dilahirkan daripada rahim seorang muslimah yang menyintaiAl Quran. Ayahnya sangat mementingkan soal agama dan telah memberikan pengaruh kehidupan beragama yang sangat besar terhadap Syed Qutb kemudiannya.Oleh kerana asuhan keluarganya yang menitik beratkan pendidikan Al-Quran, maka Syed Qutb semenjak kecil lagi telah mengahafal Al-Quran dan beliau telah menghabiskan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Dalam usianya 14 tahun, beliau telah berangkat ke Kaherah untuk menyambung pelajarannya dan beliau mendapat pendidikan tinggi di Darul Ulum. Beliau mengambil kursus-kursus Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Ulum Al-Syariah, Sejarah dan Ilmu Pendidikan. Pada tahun 1933, Syed Qutb telah berjaya menamatkan pendidikannya di Darul Ulum dengan mendapat Ijazah sarjana Muda & Diploma Pendidikan.
Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai guru di Bani Suif dan telah menceburi bidang kesusasteraan kerana minat beliau dalam bidang ini begitu mendalam. Syed Qutb adalah seorang penulis yang prolifik. Selain daripada menulis tentang tafsir Al-Quran, beliau telah mengarang sebanyak 24 buah buku serta banyak menyumbang karya-karyanya kepada majalah terutama majalah Ar-Risalah. Syed Qutb pernah dihantar oleh Kerajaan Mesir ke Amarika Syarikat untuk mengkaji sistem pendidikan tinggi di sana. Kehidupannya di Amarika walaupun singkat, telah memberi Syed Qutb beberapa pengalaman hidup dan pengajaran yang sangat penting seperti melihat prejudis kaum yang dahsyat di Amerika dan juga sokongan Amerika kepada penubuhan Israel yang cukup menyentuh perasaan Syed Qutb.
Kebejatan nilai dan keruntuhan akhlak serta tamadun kebendaan masyarakat Barat telah memberikan Syed Qutb satu pandangan semula tentang paradigma perjuangan, beliau merasa mual dengan tamadun Barat yang kosong spiritual. Beliau mula rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Syed Qutb telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai pendidikan apabila balik semula ke Mesir dan telah menyetai Ikhwanul Muslimin. Di awal penggabungannya dengan Ikhwan, sesuai dengan bakat dan kebolehannya dalam penulisan, beliau telah banyak menulis topik-topik berkaitan dengan Islam serta membandingkan dengan Ideologi-ideologi seperti komunis, sekular, fahaman kebangsaan dan kapitalisme. Beliau telah memperkenalkan Islam sebagai alternatif kepada kegagalan ideologi dan tamadun Barat.
Syed Qutb telah ditahan bersama-sama dengan ahli-ahli Ikhwan yang lain termasuk Zainab al Ghazali, Fattah ismail, Hamidah Qutb, Kamal saniri pada tahun 1954 apabila telah dituduh merancang untuk membunuh Gamal Abdul Nasser dan ternyata tuduhan ini adalah sangat jahat untuk menghalalkan kejahatan regim Mesir. Beliau telah dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat selama 15 tahun. Dalam penjara inilah beliau telah menghasilkan karangannya tentang tafsir Al-Quran dan beberapa buah buku lain. Penjara tidak pernah mematahkan daya juang dan semangat yang ada pada dirinya untuk menyatakan kebenaran, jeriji penjara adalah nyanyian bisu yang melantunkan api semangat dan pencerahan. Setelah 10 tahun di dalam penjara, Abdul A’rif Al-Salam iaitu Presiden Iraq telah merayu kepada Gamal Abdul Nasser untuk membebaskan Syed Qutb dan beliau telah dibebaskan.
Beliau tidak serik untuk berdakwah dan meninta ilmu untuk mencerahkan akal manusia terutama beliau adalah ikon kepada aktivis muda Ikhwanul Muslimin. Regim Mesir dengan seluruh kekuatan aparat keamanan sentiasa mengintai pergerakan beliau dan teman-temannya.
Syed Qutb sekali lagi ditahan iaitu tidak sempat setahun setengah daripada tahun pembebasannya sebelum itu. Kali ini bukan untuk menerima hukuman penjara tetapi hukuman gantung sampai mati bersama-sama dengan 2 orang rakannya yang lain. 29 Ogos 1966 , menyaksikan kesaksian sebuah ikrar perjuangan sang mujahid dakwah, beliau tidak mahu merayu diatas hukuman yang telah dijatuhkan. ‘Kezaliman walau sekuat manapun akan hancur’ ujar Syed Qutb berpesan kepada kita semua, ‘ kebenaran walaupun kelihatan lemah namun ia akan muncul’ . Semboyan kebenaran akan terus memekik dan mencabar kezaliman thaghut di sepanjang zaman.
Lujnah Dakwah Dan Pembelaan Islam dengan kerjasama DPP Gombak akan mengadakan wacana Syed Qutb pada 29 ogos ini di Pejabat PAS Gombak, selepas solat terawih. Pembentangnya Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik abdul aziz (Exco DPPP) dan Ustaz Riduan (Exco DPPP). Ajaklah teman-teman muslimin dan muslimat untuk berkongsi ilmu tentang tokoh besar ini. Hubungi Ustaz taufik,0193618916)
( Riduan Mohamad Nor ialah pendakwah dan penulis)

Wednesday, September 22, 2010

Taktik Dan Strategi Peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Posted by Abdullah Muhaimin b. sa'ari


Taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.

· Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.

· Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah.

· Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.

· Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.

· Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.

Taktik Menunggu Musuh :

  • Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

Taktik al – Saf :

  • Digunakan dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
  • Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit :

  • Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
  • Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
  • Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
  • Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
  • Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

Taktik Kepungan :

  • Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
  • Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
  • Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :

  • Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
  • Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
  • Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

Taktik Penyamaran :

  • Digunakan sewaktu Perang Khandak.
  • Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
  • Musuh akhirnya tewas.

Kesimpulan :

  • Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.
  • Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
  • Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.
Sumber: WHWZ.BSPT.C

Thursday, September 16, 2010

Usrah Mahasiswa Kuala Nerus

Posted by Naseh Ulwan

Pada 8 September yang lepas telah berlansungnya usrah mahasiswa Kuala Nerus di Masjid At-Taqwa, Batu Enam. Usrah yang dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah itu bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Naqib usrah ialah Ustaz Adam Ismail yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiyah DPPKN yang juga Timbalan Ketua DPPKN. Silibus usrah ialah Usul 20 karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Majlis yang dihadiri seramai 25 orang mahasiswa daripada pelbagai kampus itu turut diserikan dengan kehadiran Cikgu Safinah Jusoh, Ketua DMPNT.

Setelah selesai usrah, turut diadakan sedikit mesyuarat berkenaan cadangan program iaitu ziarah hari raya ke rumah pimpinan Kuala Nerus dan penyertaan mahasiswa Kuala Nerus dalam Kejohanan Futsal anjuran HISMAT.

Cikgu Safinah turut berucap dengan memberi semangat, motivasi dan tasyji' kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.

Majlis ditangguhkan dengan membaca tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.







Ziarah Hari Raya ke Rumah Pimpinan

Posted by ..::[KHaiYoE NaeM]::..

Pada hari raya yang ke-5 yang lepas iaitu hari Selasa, 14 September 2010 telah berlangsungnya program ziarah hari raya ke rumah pimpinan Kuala Nerus. Program yang dihadiri seramai 3 orang mahasiswa itu bermula pada pukul 9.30 pagi. Walaupun lemah dari segi kehadiran namun program tetap berjaya dan berjalan dengan lancar.

Rumah pertama yang diziarahi ialah rumah Ustaz Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya BPPNT di Kg Tok Jiring. Seterusnya ialah rumah Ustaz Ridzuan Hashim, Ketua DPPKN di Kg Teluk Pasu.

Ziarah diteruskan lagi di rumah Cikgu Safinah Jusoh, Ketua DMPNT di Kg Tengah, Manir. Seterusnya di rumah Cikgu Shukrimun Shamsudin, Timbalan YDP PKKN di Kg Gong Kijang.

Rumah terakhir yang diziarahi ialah milik Ustaz Adam Ismail, Timbalan Ketua DPPKN. Program berakhir sekitar jam 2 petang.

Alhamdulillah, program yang julung-julung kalinya diadakan itu berjaya mencapai okjektif walaupun kehadiran yang disasarkan tidak sampai seperti yang diingini. Pihak admin blog Penakluk Kuala Nerus mengucapkan terima kasih daun keladi kepada semua pimpinan yang terlibat dalam program ini di atas layanan yang sangat baik.




Wednesday, September 15, 2010

UM jatuh ranking, peringatan untuk KPT

Posted by ..::[KHaiYoE NaeM]::..

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Keguguran Universiti Malaya (UM) daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia wajar diberi perhatian oleh mahasiswa, pentadbir universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

UM jatuh daripada kedudukan ke-180 universiti terbaik dunia pada tahun 2010, kepada kedudukan ke-207 pada tahun 2010.

Setiausaha Agung Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Aizat Bin Mohd Salleh berkata, Datuk Ghauth Jasmon, Naib Canselor UM suatu ketika dahulu pernah membentangkan pelan tindakannya kepada para kakitangan serta pemimpin pelajar bahawa dalam tempoh lima tahun mahu meletakkan universiti itu dalam senarai seratus universiti terbaik dunia.

Baginya, mungkin masih ada masa lagi kepada Ghauth untuk merealisasikan matlamat itu sekiranya kontraknya disambung oleh kerajaan.

“Sepanjang pengalaman, saya melihat Datuk Ghauth merupakan antara Naib Canselor yang begitu gigih membangunkan universiti tidak kira dari aspek fizikal mahupun akademik,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sasarannya, kata beliau adalah UM perlu menyertai di kalangan universiti-universiti bertaraf dunia supaya mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, apa yang paling penting dinilai oleh TIME World University Ranking selain daripada tinjauan akademik sebanyak 40 peratus, tinjauan keboleh pasaran graduan sebanyak 10 peratus dan perbandingan pelajar di fakulti-fakulti serta kursus sebanyak 20 peratus, ia juga mengambil kira produktiviti penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Seperti mana Perdana Menteri, UM juga turut menganjurkan pelan transformasi, antaranya menetapkan standard sasaran pencapaian akademik.

Sebagai memberi galakan, para pelajar atau staf akademik yang menduduki PhD, insentif diberikan sebanyak seribu ringgit apabila menamatkannya kurang dari empat tahun.

“Apa yang menjadi perhatian di sini, UM adalah di antara universiti yang bagi saya sudah mencapai sebahagian autonomi apabila telah diberi status SWA-Akreditasi yang membolehkan mereka mengakreditasi program pengajiannya sendiri.

“Dan untuk mencapai status itu, memerlukan penilaian kursus yang baik, sumber pendidikan dan pelajar yang berkualiti serta misi dan visi universiti yang ke hadapan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya agak mengejutkan juga apabila mendengar beberapa kejayaan itu tidak dapat lagi mengangkat UM mencapai lebih baik dari 2009.
“KPT perlu memikirkan perkara ini,” ujarnya.