Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Thursday, September 16, 2010

Ziarah Hari Raya ke Rumah Pimpinan

Posted by ..::[KHaiYoE NaeM]::..

Pada hari raya yang ke-5 yang lepas iaitu hari Selasa, 14 September 2010 telah berlangsungnya program ziarah hari raya ke rumah pimpinan Kuala Nerus. Program yang dihadiri seramai 3 orang mahasiswa itu bermula pada pukul 9.30 pagi. Walaupun lemah dari segi kehadiran namun program tetap berjaya dan berjalan dengan lancar.

Rumah pertama yang diziarahi ialah rumah Ustaz Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya BPPNT di Kg Tok Jiring. Seterusnya ialah rumah Ustaz Ridzuan Hashim, Ketua DPPKN di Kg Teluk Pasu.

Ziarah diteruskan lagi di rumah Cikgu Safinah Jusoh, Ketua DMPNT di Kg Tengah, Manir. Seterusnya di rumah Cikgu Shukrimun Shamsudin, Timbalan YDP PKKN di Kg Gong Kijang.

Rumah terakhir yang diziarahi ialah milik Ustaz Adam Ismail, Timbalan Ketua DPPKN. Program berakhir sekitar jam 2 petang.

Alhamdulillah, program yang julung-julung kalinya diadakan itu berjaya mencapai okjektif walaupun kehadiran yang disasarkan tidak sampai seperti yang diingini. Pihak admin blog Penakluk Kuala Nerus mengucapkan terima kasih daun keladi kepada semua pimpinan yang terlibat dalam program ini di atas layanan yang sangat baik.




2 comments:

..::[KHaiYoE NaeM]::.. said...

asalkan sedikit biar berkualiti.. ehhee.. alhamdulillah, prgram berjalan dgn jayanye.. terima kasih kpd driver kite yg sanggup memandu sampai ke destinasi yg dituju... hehehee...

Naseh Ulwan said...

ya, kuantiti tidak penting, yang lebih penting ialah kualiti. nabi menang dalam perang badar bukan sebab kuantiti para sahabat yang berperang tapi disebabkan kualiti iman yang dimiliki para sahabat. ya, terima kasih kepada driver! haha..

Post a Comment