Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Thursday, September 16, 2010

Usrah Mahasiswa Kuala Nerus

Posted by Naseh Ulwan

Pada 8 September yang lepas telah berlansungnya usrah mahasiswa Kuala Nerus di Masjid At-Taqwa, Batu Enam. Usrah yang dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah itu bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Naqib usrah ialah Ustaz Adam Ismail yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiyah DPPKN yang juga Timbalan Ketua DPPKN. Silibus usrah ialah Usul 20 karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Majlis yang dihadiri seramai 25 orang mahasiswa daripada pelbagai kampus itu turut diserikan dengan kehadiran Cikgu Safinah Jusoh, Ketua DMPNT.

Setelah selesai usrah, turut diadakan sedikit mesyuarat berkenaan cadangan program iaitu ziarah hari raya ke rumah pimpinan Kuala Nerus dan penyertaan mahasiswa Kuala Nerus dalam Kejohanan Futsal anjuran HISMAT.

Cikgu Safinah turut berucap dengan memberi semangat, motivasi dan tasyji' kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.

Majlis ditangguhkan dengan membaca tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.







4 comments:

..::[KHaiYoE NaeM]::.. said...

alhamdulillah.. permulaan yg baek... insyllh akan meningkat dari semasa ke semasa insyllah...

Naseh Ulwan said...

na'am, mudah2an baik bidayahnya, nihayahnya juga baik! jumpa lagi pada sesi akan datang!

Anonymous said...

Alhamdulillah.. moga usrah dapat diteruskan pada masa akan datang.. ;)

'Abdul Muntaqim said...

jom jumpa balik time raya haji nanti ;)

Post a Comment